'Penemuan' Lancaster gusarkan waris penumpang MH17 - MetroPost Malaysia
'Penemuan' Lancaster gusarkan waris penumpang MH17

'Penemuan' Lancaster gusarkan waris penumpang MH17

Share This
THE HAGUE: Ahli keluarga kepada penumpang yang terbunuh dalam nahas udara Malaysia Airlines (MAS) MH17 meminta supaya orang ramai menghormati jasad mangsa yang terbunuh dalam tragedi itu bimbang ada pihak cuba meraih publisiti selepas mendakwa membuat penemuan tulang baharu di lokasi kejadian.

Patrick Lancaster mendakwa menemukan beberapa serpihan tulang dipercayai milik mangsa MH17 di lokasi pesawat tersebut terhempas di Ukraine.
Wartawan bebas, Patrick Lancaster mendedahkan di YouTube pada 11 Disember lalu bahawa dia menemukan sebanyak 52 ketul tulang dan jasad di lokasi nahas, di timur Ukraine.

Bagaimanapun penemuan Lancaster mencetuskan tanda tanya ahli keluarga penumpang dan MH17 Foundation yang mahu sebarang penemuan tulang mangsa supaya diserahkan segera untuk dikenalpasti dan dikembalikan kepada waris.

“Keadaan penemuan itu sedikit mencurigakan kerana ia ditemukan betul-betul di lokasi pasukan penyiasat bersama menggali tanah dan memeriksanya dan agak mustahil di lokasi berkenaan terdapat banyak rangka manusia,” kata Pengerusi MH17 Foundation, Piet Ploeg. - AFP

No comments:

Post a Comment