Rangka pekerja pelantar terdampar di pantai Kampung Aur - MetroPost Malaysia
Rangka pekerja pelantar terdampar di pantai Kampung Aur

Rangka pekerja pelantar terdampar di pantai Kampung Aur

Share This


BACHOK: Penemuan rangka manusia lengkap berpakaian seragam pelantar minyak yang ditemukan penduduk di pesisir pantai Kampung Aur pagi semalam mencetuskan tanda tanya.

Menurut seorang penduduk, Waliyul Amri Wahab, dia mengetahui kejadian itu  selepas dihubungi oleh sepupunya yang tinggal berdekatan.

Katanya, ketika tiba di situ terdapat hanya tiga penduduk di lokasi kejadian dan dia terus menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian.

“Ketika tiba di situ hanya tiga orang sahaja yang ada dan pihak polis belum tiba lagi. Ada seorang wanita yang mengutip siput yang mula- mula menemui rangka itu pagi tadi. Saya segera hubungi polis untuk memaklumkan mereka mengenai kejadian itu.

“Pada bahagian kiri baju itu tertulis Zamil Offshore dan ada rakan saya kata ia adalah pakaian pekerja syarikat pelantar minyak yang terkenal sebagai penyedia perkhidmatan luar pesisir dan marin terbesar dari Timur Tengah,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment