Saya fobia untuk berkahwin lagi - Sabrina Ali - MetroPost Malaysia
Saya fobia untuk berkahwin lagi - Sabrina Ali

Saya fobia untuk berkahwin lagi - Sabrina Ali

Share This

PELAKON Sabrina Ali tidak mahu memikirkan soal teman hidup buat masa ini sebaliknya memberi tumpuan kepada anak-anak dan kerjaya.

Memetik laporan Metro Ahad, Sabrina,37, berkata, selepas mengalami dua kali kegagalan dalam rumah tangga, dia sudah hilang minat untuk mencari pengganti.

Pelakon yang akan tampil dalam filem Makrifat Cinta berkata, dia tidak mahu kesilapan lalu berulang.
“Bukan salah saya pun, tapi sekarang saya agak fobia untuk berkahwin lagi. Saya takut perkara sama berulang kali ketiga," katanya.

Sabrina yang sebelum ini berlakon dalam filem Khurafat dan Munafik berkata, dia juga kinn memberi tumpuan kepada masa depan anak-anak dengan menceburi bidang perniagaan.

Katanya, dia akan melancarkan pewangi jenama sendiri, Sphere Sabrina bulan depan.

No comments:

Post a Comment