Simeone terima anugerah khas sempena Globe Soccer Award - MetroPost Malaysia
Simeone terima anugerah khas sempena Globe Soccer Award

Simeone terima anugerah khas sempena Globe Soccer Award

Share This
Diego Pablo Simeone
DUBAI: Pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Pablo Simeone menerima Anugerah Khas Ketua Jurulatih sempena majlis Globe Soccer Award di sini semalam.

Penganugerahan kepada Simeone itu sebagai pengiktirafan beliau membimbing kelab dari Sepanyol itu sehingga menjuarai La Liga dan mara ke perlawanan akhir Liga Juara-juara sebanyak dua kali.

Turut menerima anugerah awal ialah Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City, Ferran Soriano yang menerima Anugerah Perniagaan Sukan. Manchester City kini mendahului Liga Premier England.

Dubia Globe Soccer Award merupakan anugerah berprestij dalam sukan bola sepak sejak diperkenalkan pada 2010 yang bukan sahaja memberi anugerah kepada para pemain tetapi juga mereka yang berada di belakang pasukan seperti jurulatih, pengarah dan pegawai kanan.

Anugerah tersebut kini dikendalikan oleh syarikat Globe Soccer yang kepentingannya kini dikuasai oleh Silva International Investment, sebuah syarikat pelaburan yang juga pemilik MP&Silve, pengendali Liga Malaysia.

No comments:

Post a Comment