Tiga beradik maut kemalangan dikebumi dalam satu liang - MetroPost Malaysia
Tiga beradik maut kemalangan dikebumi dalam satu liang

Tiga beradik maut kemalangan dikebumi dalam satu liang

Share This
KEMAMAN: Suasana pilu menyeluburi perkarangan Unik Forensik Hospital Kemaman petang ini apabila ibu dan bapa tiga beradik yang meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Pekan-Kuantan awal pagi Sabtu, tiba dari Tanah Suci Mekah.

Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad (tengah) dipapah ahli keluarga sejurus tiba di Unit Forensik Hospital Kemaman dari Mekah.
Rosnani Ibrahim, 53, dan Wan Kamaruzzaman Wan Mohamad, 56, diterbangkan pulang ke tanah air bagi menapat wajah anak-anak mereka Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi buat kali terakhir.

Kira-kira 200 ahli keluarga yang menunggu di unit forensik itu hiba sejurus pasangan itu keluar dari kenderaan.

Lebih memilukan apabila Wan Kamaruzzaman dan Rosnani terpaksa dipapah oleh anak sulung mereka, Wan Muhd Al Rifae, 31 tahun, dan keluarga untuk melihat jenazah ketiga-tiga anak mereka meninggal dunia.

Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Cherry Easter dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Jalan Pekan-Kuantan di Kampung Batu Putih, Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi.

Kemalangan berlaku ketika tiga beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Lalang, Binjai, Kemaman.

Mereka dikatakan singgah di rumah saudara di Melaka selepas menghantar kedua ibu bapa dan adik mereka, Wan Nur Afikah, 17 tahun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jenazah ketiga-tiga mangsa dimandikan sendiri oleh Wan Kamaruzzaman dan Rosnani sebelum dibawa ke Masjid Jamek Binjai untuk solat jenazah.

Ketiga-tiga beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai selepas maghrib. - MPM

No comments:

Post a Comment