Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, jurujual didenda RM5,000 - MetroPost Malaysia
Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, jurujual didenda RM5,000

Ugut sebar gambar bogel bekas kekasih, jurujual didenda RM5,000

Share This

KUALA LUMPUR: Seorang jurujual komponen kereta didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini bagi kesalahan mengugut bekas kekasihnya pada awal November lepas.

Majistret Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh Wan Hairuzrizal Wan Habib, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengugut mahu menyebarkan gambar bogel bekas teman wanitanya yang berusia 36 tahun.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kondominium di Bukit Antarabangsa pada 6.30 pagi, 5 Nov lalu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

No comments:

Post a Comment