Wanita bersolek tidak digemari lelaki Malaysia - Kajian - MetroPost Malaysia
Wanita bersolek tidak digemari lelaki Malaysia - Kajian

Wanita bersolek tidak digemari lelaki Malaysia - Kajian

Share This

KUALA LUMPUR: Para wanita di negara ini tidak perlu bermodal besar untuk membeli alat solek untuk menarik perhatian lelaki kerana hasil kajian mendapati kaum lelaki di Malaysi lebih gemar kepada wanita yang mempunyai penampilan semula jadi.

Hasil kajian yang dibuat menerusi aplikasi Wetouch baru-baru ini mendapati 85 peratus daripada lelaki lebih menggemari wanita yang berpenampilan semula manakala hanya 10 peratus sahaja yang berminta dengan wanita bersolek tebal manakala 5 peratus lagi bergantung kepada keadaan.

Kajian terhadap wanita pula mendapati, 70 peratus daripada mereka lebih gemar mengenakan solekan nipis hingga sederhana.

"Ini menunjukkan kebanyakan wanita memilih untuk mengenakan solekan, tetapi dengan cara yang betul dan tidak keterlaluan," kata Wetouch dalam kenyataannya di sini.

Sementara itu, 68 peratus daripada pengguna wanita memilih gincu berwarna merah terang kerana menjadikan mereka kelihatan lebih menarik dan bergaya.

"Namun apa yang mengejutkan, gincu berwarna merah terang tidak disukai oleh lelaki Malaysia kecuali mereka menghadiri majlis khas. Jika tidak wanita tersebut dilihat seperti terlalu beriya-iya," katanya.

Hasil kajian itu juga mendapati kaum lelaki di negara ini lebih meminati wanita berambut panjang serta semula jadi, berbanding rambut pendek atau diwarnakan.

"Ini menjelaskan bahawa lelaki Malaysia lebih memilih kecantikan semula jadi, memandangkan wanita berambut semula jadi dan mengenakan solekan nipis dikatakan kelihatan lebih ramah, mudah bergaul dan mudah didekati," kata Wetouch. - MPM

No comments:

Post a Comment