Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak - MetroPost Malaysia
Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak

Polis nafi kes culik, ambil organ kanak-kanak

Share This

JOHOR BAHRU - Polis menafikan berlaku kejadian penculikan dan pembunuhan kejam seorang kanak-kanak di negeri ini seperti gambar yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata penyebaran gambar itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.

"Gambar yang tersebar itu menunjukkan seorang kanak-kanak dalam keadaan terbaring dengan kesan kelaran di bahagian leher dan jahitan di sepanjang atas badan dipercayai telah meninggal dunia serta semua organ dalaman juga telah didapati tiada.

"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment